I T A L Y
Owner

Navigation around. Hover!



Home About Linkies Stuff

Hello! Welcome to my land ;)


Tagboard



Credits

Template by: Novita Lesyani
Basecode by: Nurul Atiqah
Owner: Ina Nazatul
Move On. Please.



“Di saat kau jatuh, ada tangan yang menghulur”

Peace be upon you ^^
Semalam aku down. Sangaattt. Lepas dapat tahu aku tak dapat straight. Aku tak rasa apa apa. Cuba untuk jadi heartless xp. Aku teringat pesan Nana, ‘Jangan lupa minta Allah damaikan hati kita dengan ketentuanNYA bila straight A's tu bukan yang terbaik buat kita. Didik hati supaya redha dengan setiap takdir yang telah tersurat buat kita’. Alhamdulillah. Aku cuba terima result uh. Tapi tipulah kalau aku takde sikiittt pun rasa cemburu atau sedih. Lagi lagi tengok orang lain dapat naik pentas amek slip yg berderet A tuh. Balik rumah Jia text. Kitorang sama-sama hiburkan hati masing masing. Najihah. Dia memang selalu berjaya untuk buat aku terhibur.

“Tak selamanya kau kuat. Ada masa kau jatuh jugak.”

Semalam aku spill dekat Kak Nina. Alhamduliillah, Allah hantar dia. Dia selalu ada untuk aku :). Time tuh aku rindu kawan sekolah. Aku teringat time aku nangis kat depan surau lepas solat hajat. Jia teman aku time tuh. Dia setia dengar apa yang aku nak luahkan. Dia bagi aku semangat. Malam tu pulak, kat blok Aina bagi letta. Dia kata, dia akan selalu ada untuk aku kalau nak cerita apa-apa. Kita kan kembar. Hikhik. ‘Don’t bother to ask if you don’t bother to care’. Kan, Aina?

Aku sedih tak dapat buat parents gembira. Ramai bagi aku harapan dapat straight. Tapi, aku dah hampakan mereka semua. Sigh. Ada orang tanya aku dapat berapa. Aku cakap yang aku tak dapat straight. Dia tak percaya. Dia kata aku tipu. See? Dan itu yang buat aku susah nak terima keputusan tuh. Seharian aku cuba untuk jadi kuat. Cuba untuk hiburkan diri sendiri. Cuba untuk lupakan apa yang orang cakap. Tapiii.

Aku penat. Aku nangis. Aku rasa lemah sangat.

Aku rindu Jia yang selalu dengar cerita aku time susah senang.

Aku rindu Aina yang selalu ingatkan aku tentang kuasa Allah.

Aku rindu dormmates yang selalu nasihatkan aku untuk terus bersemangat.

“PMR tak bawak mati pun. Bila naik form4 kau tengok PMR uh biasa je. Kalau niat belajar tu sebab nak dapat straight time exam, kau akan rase betapa uselessnya PMR uh time upper form nanti. Memang ‘saket’ tengok orang lain berjaya tapi tu rezeki diorang. Allah tak kasi sekarang sebab Dia tahu belum tiba masanya untuk kau terima benda tu. One day, kau akan hargai kejayaan yang sebenar.

Kau penat ? tengok balek niat belajar sebab apa. Parents letak harapan. Kita sebagai anak memang kena tunaikan. Tapi, Allah Maha Kuasa. Kalau Dia tak nak bagi, tak dapat jugak. Pleaseee bangun balek. Takkan nak jatuh macam tu je? Habis, macam mane wishlist yang kau dah senaraikan tuh? Hilang macam tu je? No, perjalanan kita jauh lagi. Try baca blog ni. Pasal result.”

Gulp! *speechless*. Cepatnya aku ‘jatuh’. Aku rasa aku jauh dari Dia. ‘tgk balek niat bljr sebab ape’. Dulu aku selalu fikir, macam mana nak belajar niat kerana Allah. Macam mana nak kaitkan  pasal dunia, dengan akhirat. Aku sedar aku belajar sebab nak buat parents happy. Tapi, bila aku gagal, aku terus ‘jatuh’. Aku terus hilang semangat. Pagi tadi Aina text, tanya aku okey ke tak. Tetiba. Dia perasan header twitter aku lain macam. Aku pun share kat dia apa yang aku rasa. And Aina replied,

“Disebabkan aku dapat straight A tu, ramai orang puji buat aku makin takut. Sebab, for sure lagi tinggi harapan orang bagi padahal manusia bila bila je boleh jatuh,na. Nanti kita takkan pandang lagi result PMR uh. Time upper form dah tak macam masa menengah rendah tau, na. Macam mana nak belajar krn Allah? Dulu aku pun tertanya-tanya mcmtu. Tapi, aku piker macamni je. Kalau belajar kerana Allah, apa result yang aku dapat masa trial ke, exam biasa ke, aku redha, yakin dengan Allah.

Bila kita fikirkan mak ayah memang kita rasa sedih. Tapi, kau dah cuba yang terbaik, na. kau dah studyhard, studysmart. Allah dah tentukan semuanya. Aku nak cuba ada kat tempat kau. Bagi aku, kalau kita redha, kita takkan ‘banyak bunyi’ lagi. Hati yang redha tu lagi baik dari A yang berderet. Yang dapat straight,memang rezeki diorang. Tapi, ujian jugak untuk diorang. Sama ada, diorang akan akan ingat pada Allah lagi ke tidak.

Ada hikmah apa yang kau dapat tu,na. Mungkin dari result tu lah, ada orang nak nasihatkan kau supaya tak ‘jatuh’. Buat kau makin dekat pada Allah. Jangan terlalu berharap, nanti kau akan kecewa. Apa-apa, awal awal kena redha. Tawakal. Next year banyak benda kita kena tempuh sama-sama. Lagi banyak.”

Thanks for all this. Aku cuba. Untuk bangun balik. Kerana Allah. Lillah ;) .


Aina, aina. Dah cukup pendek nama aku I N A. Dia pendekkan lagi jadi ‘na’. Haishhh.

//dah setahun tak tukar blogskin. sorry, aku malas. Kalau la ada orang yang baik hati, lagi comel nak editkan. alangkahhh bahagianyaaa. *mohon simpati* xpp . HAHA

old | new